OKTOBER 2021

Cabaran Pendidik Abad Ke-21, Pandemik Covid-19


KUCHING: Para pendidik digesa supaya sentiasa memotivasikan diri dan menanam semangat keyakinan dalam menghadapi cabaaran baharu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pendidik harus menyesuaikan diri dengan perubahan dan bersikap yakin kerana bidang pendidikan merupakan asas untuk membangunkan negara.

“Para pendidik perlu sentiasa memperbaiki diri dan mengamal etika dalam kerjaya pendidikan,” katanya merasmikan Konvensyen Pendidikan Prasekolah 2021 secara zoom di sini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri berharap konvensyen itu dapat melengkapkan pendidik dengan kemahiran untuk pembangunan holistik kanak-kanan.

“Saya berharap pendidik dapat mengenal pasti cabaran dalam membentuk karekter insan, bakat, minat dan potensi kanak-kanak semasa pandemik Covid-19 melalui perkongsian ilmu bersama-sama penceramah antarabangsa pada konvensyen ini,” katanya.

Ketua Menteri menegaskan, pendidik harus bijak berhadapan dengan cabaran terutama dalam kehidupan baharu ini.

Menurut beliau, sahsiah yang baik adalah asas untuk pembangunan peribadi dan mencari ilmu sepanjang hayat.

Pembangunan sahsiah baik dalam kalangan kanak-kanak akan menggalakkan pembangunan akhlak yang akan membolehkan mereka membina kekuatan diri, katanya.

Justeru, katanya, pendidik mesti melengkapkan diri dengan kemahiran untuk memudahkan mereka menghadapi cabaran dalam abad ke-21 dan pandemik sekarang.

Sumber dari : Jiwa Bakti